Pages

Wednesday, December 28, 2016

Telefon hilang? jangan risau..

Disebabkan jawatan sebagai pegawai it kat office ni, so ramailah yang suka bertanyakan perihal permasalahan berkaitan ict..kadang-kadang soalan tu mencabar jugak. yalah bukan semua pasal it kita tahu dan disebabkan teknologi ict ni berkembang sangat cepat dan sangat meluas. 
      satu persoalan yang pernah ditanya oleh sorang staf kt office ni bagaimana kalau telefon dia hilang. boleh tak jumpa semula? so di sini saya share step by step bagaimana nak trace semula handphone yang hilang dengan hanya mengunakan akaun google korang. tapi perlu dipastikan akaun email adalah gmail dan akaun ini SYNC dengan telefon korang. syns tu apa? sysc tu dalam bahasa mudah email tu turut digunakan dalam handphone yang hilang tu..sebagai contoh kalau kita nak download app dalam play store, dia akan minta email,n email tu kita bo gunakan email gmail kita je.. ok step pertama ialah:-

pergi ke pc,buka akaun google yang sync dengan handphone hilang tadi.

klik pada google app, kemudian klik pada My Account

klik pada find your phone

sekarang google dah paparkan jenama telefon yang sync dengan hp tu. tak semestinya satu telefon je,kalau lebih telefon sync pada email yang sama,dia akan senaraikan semua telefon yang sync pakai email tu. so korang select telefon yang mana yg hilang


ok, bila dah sampai step ni, kita akan dapat lihat beberapa pilihan yang pakcik google sarankan untuk kita kesan telefon tu. antaranya kita boleh locate kt mana sekarang telefon tu. ataupun kalau hilang dalam bangunan, kita boleh buat deringan yang paling tinggi walaupun telefon tu dalam keadaan silent mood.. haa..hebatkan.. 



 selain dari itu juga kita boleh lock telefon , hubungi telefon yang hilang tu, ataupun kita nak lock telefon tu supaya data kita selamat daripada mereka yang tak sepatutnya. ok harap artikal ini membantu ..bye


Dividen ASB 2016 6.75%.. Tukar Game Plan

Post asal ini daripada my sifu saudara Khairul Ezwan. 
Share ini sebagai rujukan saya

Kepada yang Selama ni guna Teknik Rolling dividen. Tukar game plan anda.
===============================
Dengan pengumuman dividen & bonus ASB yang lepas dengan dividen 6.75% & bonus 0.5%, Ramai yang rasa terkesan terutama yang menggunakan Teknik Rolling Dividen , bayar tahun pertama sahaja. Yang menggunakan Teknik compounding tanpa usik dividen tidak begitu terkesan dengan perubahan ini. Mereka rasa terkesan apabila dividen yang diperolehi tidak mencukupi untuk membayar instalment tahun berikutnya terutama mereka yang mengambil tempoh pembiayaan 25 tahun & ke bawah. Tak perlu cancel pembiayaan & buat yang baru, Sekarang anda perlu ubah game plan anda .
Ilustrasi : Contoh pembiayaan diambil pada Dec 2015 = RM200,000
Tempoh pembiayaan = 25 tahun
bank Profit Rate = 5.2%
Instalment bulanan = RM1,200
Bayaran setahun = RM14,400
Dividen tahunan ASB : 6.75%
Target = 5 tahun menggunakan kaedah rolling dividen.
Anda sudah membuat pembiayaan tersebut contohnya akhir tahun 2015, awal tahun 2017 anda menerima dividen RM200,000 x 6.75% = RM13,500.
.
.
Ini bermakna dividen tidak mampu menampung instalment anda.
.
.
Jangan cancel, Tukar sahaja game plan anda supaya anda dapat hasil yang lebih effective.
.
.
Bila dapat dividen RM13,500 , Boleh gunakan RM900 x 12 = RM10,800 untuk rolling dividen . Tinggalkan cash RM2,700 dalam akaun ASB.
.
.
Jadikan portion pembiayaan RM50,000 daripada RM200,000 pembiayaan tersebut Sebagai komitmen bulanan anda. Ini bermakna anda create komitmen bulanan RM300 sebulan sehingga akhir tahun kelima seperti dirancang dari peringkat awal Sebelum ini.
.
.
Hasil yang diperolehi selepas 5 tahun bermula Dec 2015 hingga Jan 2021.
Value Principal pembiayaan, contoh cancellation pembiayaan 5 tahun = RM22,000✔️
Dividen compounding tambahan setiap tahun RM2,700 selama 4 tahun = RM12,750✔️
Dividen akhir tahun kelima RM200,000 x 6.75% = RM13,500✔️
Total hasil = RM48,250
Jangan terlalu fokuskan kepada percentage keuntungan , pentingkan kepada nilai akhir yang akan perolehi . Tak perlu nak cancel pembiayaan & buat pembiayaan baru semata-mata nak dapatkan tempoh yang lebih panjang . Letakkan sedikit komitmen untuk kuatkan nilai hasil yang Akan diperolehi.
 Gambar 1 : balance outstanding pembiayaan selepas 5 tahun.
Gambar 2 : Dividen yang terkumpul selepas tolak bahagian yang di rolling ke pembayaran pembiayaan setiap tahun .

Sunday, January 05, 2014