Pages

Thursday, May 14, 2009

15 hari lagi..apa yang aku fikirkan..

salam..hari ni just nak share perasaan aku time2 dekat nak kahwin ni.. permohonan cuti kahwin aku dah pun diluluskan..aku minta cuti 10 hari. Sebelum nak cuti ni,ada beberapa job yang perlu aku settlekan kat pejabat tu..macam2 lah gak..antaranya yang paling penting,slide hari kualiti kena siapkan sebelum 28 hb. sebabnya 29 tu dah kena presentation kat ipoh,entah lah sapa nak jaga slide nanti. fairus yang boleh diharap tapi dia plak kena cuti. tgk lah sapa nanti,keduanya pasal line jaring kat pejabat. masuk ni dah 6 bulan system masalah.tak tahu lah apa masalah kat jaring tu..tak settle2..
Tapi malam ni tak nak cerita sangat lah pasal kerja..cakap pasal kerja ni,sampai bila2 pun tak habis. just nak cerita apa perasan time nak kawin ni.hari ni je dalam pada sibuk,sempat gi hantar kad2 kawin kat mamber mak ngan abah. ramai plak tu kawin sama tarikh ngan aku tu..hmm..entah lah..yang bestnya,dok kasi kad kat orang,ada orang plak kasi kad kawin anak dia kat aku..ish ish..
Sebenarnya time2 cam ni,takda lah rasa cam tension sangat pun,tapi ada 1-2 perkara yang kadang2 tu buat terasa nak marah.tapi bila difikikan pulak..mungkin ini yang orang katakan dugaan waktu bertunang..harap2 time cam ni takda apa2 masalah besar akan jadi..cuma yang harap sangat time kawin nanti ieta sihat.janga lah time tu dia kena serangan asma plak..risau n kesian bila tgk dia sakit..tapi yang paling aku kagum kat dia ni,klau sakit dia takda plak mengeluh atau nangis,dia cuba tahan jer..tapi boleh nampak yang dia mmg tak sihat..ya lah kan kalau dah muka naik biru tu,takkan lah ok plak..mestilah sakit..k lah..esok sambung..daa..

No comments: