
Salam semua. Sedang sibuk dok buat persiapan perkahwinan kami ni,berita gembira awal sampai dari KL, sebabnya aku dah ada anak sedara sulung,dari abang sulung..hehe.. Namanya Nur Alisya Asyura Bt Hizwan Syarmal. punyalah panjang namanya..gambar ni dicilok dari blog abang aku kat www.wanzura.blogspot.com baby ni lahir pada selasa 5 mei 2009 pukul 6.52 petang. Masa time ni aku tengah kelam kabut balik kerja dari Tapah terus ke Ipoh.Sebabnya time tu jugalah aku berkejar ke Ipoh nak hantar Ieta gi klinik kerana serangan asma. Rasanya sepanjang kami kenal,ini lah serangan asma paling teruk dia kena sebab dari pagi sampai ke petang tak elok. Risau gak,tapi alhamdulilah takda apa2..tapi dalam takda apa2 tu pun kena pakai alat pernafasan lah jugak.pinjam dari adik aku nurul.Sama lah dua2 ada asma..mungkin sebab sibuk dan risau dok buat persiapan.Sampai umah dalam pukul 9.30 mak bagi tahu dia dah jadi ONI..hehe..tapi sebab letih sangat baru sampai,aku terus tido.esoknya baru ucap selamat kat long.Tak sabar nak tengok baby ni,cam chubby jer..cam bapak dia ler tu..hihi..
2 comments:
weh..nama anak abg iwan mcm nama wife cik je nape? huhu..alisya..hahahah..
ya lah kan..cam nama wife chik jer..kebetulan lah tu..huhu
Post a Comment